CONTACT ME!

Friday, November 6, 2009

friendship


yeah... yeah...whatever...

Aku mula mendapati bahawa betapa indahnya persahabatan bila aku hampir-hampir kehilangannya...Aku maksudkan persahabatan. 20 tahun telah berlalu dan aku tidak tahu siapa kawan aku yang sebenarnya?? Adakah Andy William atau Laurence Opey, mungkin Linda, Ujie dan beberapa lagi nama yang aku tak tulis...Aku cuma tak tahu...mmm rasa-rasanya lah..(Call me mr. weirdo)

KAMU...ya kamu yang sedang membaca entri ini..Adakah kita boleh dikatakan sebagai kawan??..Tak pernah jumpa, tak pernah bercakap antara satu sama lain, tak pernah tahu apa-apa antara satu sama lain...OK..apa-apa pun jawapan anda tolong jangan bagitahu saya kerana kamu akan menghancurkan hati saya..Persahabatan ini sebenarnya sukar diramal. Tidak ada tanda yang telah ditentukan pada seseorang untuk menyatakan bahawa " hey you're my friend", dan tak ada tanda nama atau kad ID yang dibenarkan "we are friends"

Apa yang kita jangkakan daripada yang kita panggil "persahabatan". Semua orang mengharapkan yang terbaik dalam persahabatan mereka. Tapi masalahnya, mereka gagal memainkan peranan masing-masing. Manusia selalu mengharapkan sesuatu yang lebih dalam apa juga perkara yang mereka lakukan, itu adalah sifat semula jadi manusia. Friendship, relationship, sheep??hahahaa..dan apa saja yang mereka mahukan.

Bagi aku, aku tak mengharapkan apa-apa dari kawan aku. Aku tak pernah mengharapkan mereka untuk bercakap benar setiap masa. Itu adalah perkara mustahil untuk kita bercakap benar..(hanya Tuhan saja lakukannya). It is okay (just okay..OK) untuk kamu menipu jika ianya untuk kebaikan. Aku bukan menggalakkan korang semua untuk menipu tapi kita hanya lah manusia biasa (hanya..). Tak kira betapa baik seseorang itu, tak kira alim macam mana pun, jangan bagitahu saya yang kamu tak pernah menipu..

Ok..enough for now..though its sound like a bit hanging..I'm running out of ideas..

p/s: why this few days I felt very " rajin" to write??

0 rasa tidak puas hati:

Related Posts with Thumbnails