CONTACT ME!

Thursday, July 9, 2009

muzik indie

Muzik indie(independent/bebas) merujuk kepada sebilangan jenis muzik,persada muzik,subbudaya dan sifat stilistik dan kebudayaan yang disifatkan daripada persepsi kebebasan daripada muzik pop komersial dan budaya aliran utama serta pendekatan membuat hasil karya sendiri(do it yourself/DIY) secara bebas.

Istilah 'indie' sering digunakan untuk merujuk kepada sejenis bunyi yang dipersembahkan oleh seseorang pemuzik,tetapi jika ditafsirkan secara literal,ini merupakan satu cara yang mana bunyi itu disembahkan atau dihasilkan.'Indie' lazimnya merujuk kepadaseseorang artis atau kumpulan yang bukan sebahagian budaya aliran perdana(mainstream)dan/atau sebenarnya menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana.Meskipun muzik yang dihasilkan oleh artis-artis ini banyak berbeza(lain genre), definisi 'indie' tercetus daripada sifat 'buat sendiri'(DIY) dan kemampuan untuk bekerja di luar nanugan koperasi besar.


Indie bermaksud "bukan di bawah naungan label utama"

Salah satu erti perkataan 'indie' yang paling ringkas dan lazim dipakai ialah bahawa pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana label rakaman yang utama(syarikat rakaman utama itu adalah seperti EMI,Universal Music,Sony BMG dan Warner Music)


Segelintir daripada kita salah anggap mengenai 'indie'.Contohnya budak2 yang arr...malas la aku nak explain(u know i know)

Jadi, x kira apa jenis genre yang dibawa oleh sesebuah band metal, screamo, hardcore, alternative, pop punk dan lain-lain,selagi band tersebut bukan di bawah naungan label utama,cipta lagu sendiri,record sendiri,jual album sendiri,semua sendiri la, label mereka tetap indie.

Sekian, accept love(terima kasih) kerana sudi membaca isu yang sudah lapok tetapi banyak lagi yang di luar sana x fhm2..hehe

Kalau ada silap dan salah,sila la komen..
Saya pun nak belajar jugak!hehe..
chaiyok2

0 rasa tidak puas hati:

Related Posts with Thumbnails