Kenapa kita perlu fikir tentang siapa pengkarya tu dalam menentukan sama ada kita nak suka karya mereka atau tidak? Peliklah.
Tak semua orang akan suka sesuatu, itu lumrah manusia. Tapi tak bermakna kamu, dia atau sesiapa perlu bersusah payah untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu. Cuba jadi peminat yang berfikir, dan berfikiran terbuka. Cuba dengar hasil titik peluh orang melalui corong-corong speaker kamu yang kamu beli dengan duit mak bapak kamu (sebab kamu tak ada kerja) dan fikirkan apa yang si pengkarya nak sampaikan. Itu sebahagian dari hidup mereka. Kamu tak layak nak dismiss hidup orang dengan begitu mudah tanpa menimbang apa yang kamu tak tahu.
Dengar, hayati, kalau suka hargai. Mungkin dengan cara sebegitu kamu lebih faham maksud menjadi insani.
Kamu mungkin ada terasa hati dengan apa-apa yang keluar dari mulut si pengkarya. Mungkin juga kamu rasa dia tidak sempurna dari segi manners dan akhlak. Atau kamu benci sebab seluruh kumpulan kamu pun tak suka orang tu, tanpa mengetahui sebabnya. Tak perlulah kamu nak menghasut orang lain untuk sama-sama membenci orang tu. Tak cool pun. Kalau betul-betul kamu mahu jadi cool, cuba kamu nilai seseorang pengkarya itu dengan karyanya. Bandingkan dengan karya-karya agung lain yang kamu tahu (ke kamu tak ada?), cari keindahan yang cuba diceritakan.
Friday, April 3, 2009
Kepada Peminat-peminat Muzik di Malaysia
Posted by eddy.ish at 5:52 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rasa tidak puas hati:
Post a Comment